Picture

SEJARAH SEKOLAH


        Sekolah Kebangsaan Nanga Balang adalah sekolah yang terletak di pedalaman Kapit. Perjalanan ke sekolah ini dari pekan Kapit ke Nanga Gaat, Sungai Balleh menggunakan bot ekspres menggambil masa lebih kurang 3 jam sebelum menyusuri Sungai Gaat dari Nanga Gaat ke sekolah mengambil masa lebih kurang 5 jam. Keadaan ini akan bertambah payah dan masa yang diambil akan bertambah lama sekiranya musim kemarau kerana paras air yang cetek. Sekolah ini juga boleh digubungi melalui jalan kem pembalakan selama lebih kurang 3 jam dan kemudian menyusuri Sungai Balang ke hilir selama 30 minit. Kedudukan sekolah ini adalah ditepi Sungai Gaat dan berdekatan dengan sebuah rumah panjang iaitu Rumah Ragai, Nanga Balang. Selain itu, beberapa buah rumah panjang yang terletak tidak jauh dari sekolah seperti Rumah Nading Nanga Serentang yang terletak di hilir Sungai Gaat dan Rumah Mengga, Nanga Sepulau. Dua buah rumah panjang yang lain memerlukan beberapa jam untuk sampai ke sekolah.
        Jalan Balak yang dilalui kadang-kadang berisiko kerana berkemungkinan berlaku tanah runtuh yang menyebabkan laluan terputus dan juga bahaya kerana dilalui oleh kenderaan berat seperti lori balak, lori minyak dan sebagainya. Ini ditambah lagi dengan kesukaran untuk mendapatkan pengangkutan kerana cuma ada beberapa buah kenderaan pacuan empat roda yang dimiliki oleh penduduk setempat.
        Perjalanan dari Nanga Asam, tempat terakhir yang dapat dihubungi melalui jalan darat ke sekolah juga perlu melalui beberapa buah jeram kecil dan keadaan ini akan bertambah bahaya sekiranya paras air naik dan menjadi lebih sukar dilalui semasa musim kemarau. Perjalanan yang sepatutnya cuma 30 minit pada paras air biasa akan mengambil masa sehingga 1 jam  semasa murim kemarau.
Picture
Picture
Picture
Picture
        SK Nanga Balang telah ditubuhkan pada 01 Januari 1975 dengan keluasan 1.76 ekar iaitu bersamaan dengan 0.712 hektar. Sekolah ini dalam kategori pedalaman 3 dan juga sekolah kurang murid (SKM). Sekolah ini telah diambil alih kuasa oleh Kerajaan Negeri semasa perlaksanaan Akta Pendidikan sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Negeri selaras dengan implimentasi kurikulum lama sekolah rendah sejajar dengan refomasi sistem pendidikan Malaysia.
        SK Nanga Balang mempunyai penduduk dan pelajar yang terdiri daripada kaum Iban sepenuhnya. Pelajar-pelajar ini datang dari persekitaran kawasan lima buah rumah panjang yang berdekatan.